Mencintai kerana Allah

Setiap orang mempunyai cara yang tersendiri utk membahagiakan orang yang tersayang..

Sayangilah sesiapa pun selagi mereka tetap taat kepada Allah.

Suatu bait pesanan yang indah,

 "Jangan cintai orang yg tidak mencintai Allah, kalau Allah saja ia tinggalkan, apalagi kamu"

Allah berfirman, yang bermaksud:
ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)."
(Al-Baqarah 2: Ayat 165).

Jika engkau mencintai seseorg kerana keluasan ilmunya, maka cintailah Allah yang menyempurnakan alam ini, yang di dalamnya penuh dengan hikmah dan rahsia yang menakjubkan ahli falsafah, ilmuan dan pemikir dunia. Ahli falsafah Inggeris, Spencer: melalui penelitiannya terhadap alam, sains bukan lah sekadar mengetahui alam zahir tetapi lebih dari itu utk mengetahui hakikat disebaliknya iaitu kebesaran Allah selaku pencipta.

Andai engkau mencintai seorg pemimpin kerana keberanian, kekuasaan dan sistem kepimpinannya, namun seharusnya engkau lebih mencintai Allah yang maha Bijaksana dan maha Kuasa kerana mengilhamkan ilmu, kekuasaan dan kepimpinan kepada hambaNya. 

Dan jika engkau mencintai seseorg kerana kebaikannya, itu adalah sifat2 mulia yang telah Allah kurniakan kepadanya, seharusnya engkau lebih mencintai Allah kerana anugerah tersebut kepada hambaNya.

Jika mereka itu mencintai Allah,  janganlah dilepaskan mereka, bersahabatlah, kerana dia adalah rahmat Allah utkmu.

Firman Allah, yang bermaksud:
"Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
(Fatir 35: Ayat 2).

Terkenang sahabat yang disayang #takkanjamuhilangdidunia

Comments

Popular Posts